oh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi
oh adinda kanda mana dengki malah kanda support bini
jadi dinda mahu mengambil masa
tapi kanda mahu segera
dinda ingin berjaya dalam kerjaya
tapi kanda mahu cahaya mata
dinda belum bersedia
kanda dah beria-ria
jadi yang mana satu
# :tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka
oh adinda tolong jangan lekas curiga lekas cemburu buta
oh kekanda dinda perlu berhati-hati tak rela dikongsi
kanda kerja overtime terlebih masa
itu yang dinda harus waspada
ini semua demi masa depan keluarga
dengan dinda atau sebaliknya
kanda kerja malam
dinda kerja siang
jadi bila nak bertemu
# :tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka
oh adiwira dewataku mari ikut cara dinda
oh tun teja intan permata mari ikut cara kanda
oh bagaimana-bagaimana kita nak selesaikannya
apa keputusannya
oh kekanda mari nyawa kita cuba komunikasi
oh adinda mari sayang kita cuba toleransi
walau kita janji sehidup semati kita berlainan
kanda polar kutub utara
dinda kutub selatan
komunikasi sikap toleransi itu yang kita perlu
# :tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka
walau kita sering dengan cara masing-masing
kanda yang perdana
dinda yang utama
kanda segalanya
dindalah nyawa
kita tetap bahagia bila bersama-sama
bahagia bersama
bersama selamanya
bahagia bersama selamanya
No comments:
Post a Comment